Koleksi Gambar

Mesin Braille
  • Braille ialah sejenis tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta.
  • Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama oleh Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil.
  • Terdapat 2 jenis mesin braille, iaitu mesin braille bertulisan roman dan juga yang bertulisan jawi.


  • Tongkat ini digunakan oleh mereka yang bermasalah penglihatan untuk memudahkan mereka menjalani aktiviti harian.
  • Istimewanya tongkat ini adalah, ia merupakan tongkat elektronik.
  • Sebuah elektronik sensor diletakkan di hadapan tongkat untuk tujuan keselamatan.
  • Apabila terdapat halangan di hadapan, sensor elektronik tersebut akan mengesannya dan menghidupkan sebiji motor yang diletakkan di lengan pengguna & menghasilkan gegaran di lengan pengguna.


  • Alat bantu pendengaran ini dipasang pada telinga.
  • Alat yang kecil ini disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver) yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.
  • Antara kelebihan alat ini adalah :
  1. Selesa & kecil
  2. Bunyi yang lebih semulajadi & kurang tersumbat 
  3. Penampilan yang bergaaya & berwarna-warni 
  4. Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan & sederhana 
  • Alat pendengaran ini dipasang di belakang telinga.
  • Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.
  1.  Amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah pendengaran tahap ringan  hingga tahap yang sangat teruk
  2.  Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya 
  3.  Bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan objek kecil   
  4.  Jangka hayat bateri lebih lama

  • Alat ini dipasang dalam saluran telinga. 
  • Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga.
  • Antara kelebihannya adalah :
  1.     Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
  2.     Memastikan prestasi yang optimum
  3.     Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
  4.     Mudah dikendalikan
  5.     Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana    ke tahap yang teruk 
 

  • Terapi belon air ini selalunya dijalankan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  • Terapi ini membantu mempercepat keupayaan kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) dan membantu dalam proses pembelajarannya yang lebih cepat daripada terapo biasa di bilik darjah.
  • Bagi kanak-kanak hiperaktif pula, ternyata sesi terapi ini membantu mengawal pergerakan mereka - mereka boleh duduk diam dan boleh fokus terhadap sesi terapi dan pembelajaran kemudiannya. 
 
 
  • Terapi brainwave sering digunakan pada kanak-kanak hiperaktif .
  • Terapi ini berfungsi untuk menstabilkan gelombang otak pada mereka agar kuat dan betah lama ketika otak ketika otak memerlukan gelombang Low Beta/SMR, iaitu iaitu gelombang yang diperlukan untuk fokus dalam belajar.
  • Voice Stick telah dicipta oleh Sungwoo Park.
  • Ia mempunyai bentuk yang kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. 
  • Alat ini akan “membaca” teks dengan kuat. Teknologi OCR akan mengimbas perkataan dan menukarkannya serta menterjemahkan perkataan kepada teks. Kemudian perisian untuk menterjemahkan teks kepada suara digunakan untuk membolehkan golongan masalah penglihatan membaca surat khabar, buku dan sebagainya. 
  • Alat ini menggunakan prinsip yang sama seperti alat terjemah bahasa. Ianya boleh didapati di USA, Canada, kawasan barat Eropah dan beberapa Bandar besar di sekitar Asia dan Amerika Latin.
 
  • Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih beroda yang dipanggil Mygo. 
  • Mygo menggunkan “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. Ketinggian tongkat ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air. Menggunakan bateri lithium-ion yang bertahan selama 6 jam. 
  • Tongkat ini berharga $200. 
  • B&D messenger mempunyai saiz yang kecil, ringan dan murah.
  • Produk ini direka khas untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan dan/atau masalah pendengaran untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesama sendiri mahupun dengan pengguna telefon bimbit biasa. 
  • B&D Messenger ini terdiri daripada LCD, papan kekunci standard numerik, dan papan panel huruf Braille. 
  • Untuk menggunakannya, B&D Messenger ini harus terhubung ke sebuah komputer yang seterusnya akan menerjemahkan bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun sebaliknya bergantung kepada keperluan. 
  • Untuk individu bermasalah penglihatan, butang Braille yang direka khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille ataupun diterjemahkan dalam bentuk pertuturan.
 
 

 

No comments:

Post a Comment