Koleksi Nota

Assalamu'alaikum semua!

Maka, belajarlah menerima ketidaksempurnaan yang lain memandangkan kita juga penuh dengan cacat cela.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS. 

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

KEUPAYAAN & MASALAH PEMBELAJARAN.
  • Perbezaan antara individu

  1. Setiap kanak-kanak mempunyai bakat, keupayaan, & kemampuan yang berbeza antara satu sama lain @ keistimewaan tersendiri.
  2. Kadang-kadang kanak-kanak yang mempunyai keistimewaan sendiri perlukan kaedah pengajaran & pembelajaran yang khusus untuk penuhi keperluannya seperti kanak-kanak pintar cerdas, masalah mental, masalah fizikal, masalah pendengaran, & masalah penglihatan.
  3. Terdapat pelbagai aspek perbezaan antara individu yang menyebabkan kanak-kanak dilabel dalam pelbagai kategori masalah. Antaranya perbezaan yang nyata mengakibatkan pencapaian dalam pembeljaran adalah kecerdasan. *Kecerdasan : Faktor keturunan & pengaruh persekitaran. 
  4. Ramai psikologist berpendapat bahawa adalah mustahil untuk memisahkan antara kecerdasan genetik & kecerdasan disebabkan pengaruh persekitaran.
  5. Gangguan juga dikatakan mempengaruhi setiap aspek kehidupan individu daripada kesihatan bayi dalam kandungan hinggalah kepada kualiti pengajaran yang diterima oleh kanak-kanak dalam kehidupannya.


  • Gangguan & Tidak Keupayaan 

  1. Gangguan : Halangan kepada seseorang murid untuk belajar yang dipengaruhi oleh persekitaran seperti di rumah yang kecil tetapi ramai penghuninya, keluarga yang bermasalah, & persekitaran tempat tinggal yang sesak & bising.
  2. Kesihatan yang mempengaruhi keupayaan murid untuk belajar seperti kanak-kanak yang kurang zat makanan menyebabkan mereka kurang cergas, sakit, & tidak berupaya untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.
  3. Ketidakupayaan : Keadaaan di mana bahagian-bahagian tertentu tubuh kanak-kanak tidak berfungsi dengan baik @ tidak normal.
  4. Masalah deria seperti deria lihat, dengar, sentuh, & rasa.
  5. Masalah artikulasi seperti gagap sengau, & pelat.
  6. Kerosakan saraf ringan tetapi memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
  7. Masalah emosi/tingkah laku seperti Devian @ menyeleweng.

#Quay & Peterson (1978) mengelaskan masalah seperti ini kepada 6 dimensi, iaitu :
  1. Masalah perlakuan seperti perlakuan agresif (langsang/pemusnah), destruktif (tingkah laku musnah/negatif), melanggar peraturan, pengacau, tidak bekerjasama, & degil.
  2. Merasa cemas & menarik diri seperti sering berasa cemas @ takut, malu, murung, terlalu sensitif, & mudah menangis.
  3. Kesukaran memberi tumpuan seperti sering berkhayal, gagal beri tumpuan pada tempoh yang lama. 
  4. Masalah lampauan motor, contohnya tidak dapat menahan diri untuk duduk diam @ berhenti daripada bercakap dengan rakan walaupun ditegur oleh guru. 
  5. Masalah kelangsangan sosial seperti murid terlibat dengan kumpulan nakal yang bertindak anti-sosial yang mana kegiatan murid berlawanan dengan peraturan sekolah & menyalahi undang-undang seperti suka mengambil barang orang lain @ mencuri.
  6. Tingkah laku psikotik iaitu tingkah laku yang pelik & janggal, memberikan idea-idea yang berkenaan dengan topik @ isu yang berkenaan dengan topik @ isu perbincangan, menyoal @ menjawab perkara yang berkaitan dengan perbincangan. 

SERBA-SEDIKIT MENGENAI RPI. 

Definisi RPI a.k.a Rancangan Pendidikan Individu :
-1 perjanjian/persetujuan antara pemberi perkhidmatan & kanak-kanak terlibat, ibu bapa/penjaganya di mana pemberi perkhidmatan bersetuju memberikan perkhidmatan pendidikan yang khusus yang memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak/individu tersebut- (Renault, 1993)

Kanak-kanak yang perlukan RPI :

  • Seseorang yang tidak mendapat manfaat/faedah daripada kurikulum biasa tanpa menerima bantuan lain yang mencukupi. 
  • Apabila pencapaian kanak-kanak tersebut sangat rendah daripada rakan-rakan sebaya menerntas bidang kurikulum & pendekatan pemulihan difikirkan perlu dijalankan.
Bila RPI diperlukan :

  • Apabila perkhidmatan pendidikan biasa tidak upaya memenuhi keperluan asas pendidikan seseorang kanak-kanak.

Prinsip asas keberkesanan perkhidmatan RPI :
  • Pemilikan/ownership 

  1. Dokumen RPI adalah hak milik bersama-sama kanak-kanak terlibat, ibu bapa @ penjaganya dengan pihak sekolah serta di bawah biasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Tanggungjawab

  1. Hanya pihak yang terlibat & kanak-kanak serta keluarganya terikat kepada perjanjian yang dipersetujui dalam RPI.
*Semua pihak patuh kepada perkara yang telah dipersetujui. Tiada pihak yang harus bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang tidak dinyatakan dalam perancangan RPI*

  • Ketelusan 
  1. Semua pihak yang terlibat diberi :
-peluang yang sama memberi pandangan 
-peluang yang sama melihat & menyemak rekod murid 
-proses perkembangan & hasil dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga 

  • Kebolehpercayaan
  1. Peranan & tanggungjawab semua pihak harus dinyatakan dengan jelas 
  2. Penilaian & semakan perancangan & hasil harus diberitahu, sah, boleh dipercayai, & telus kepada semua pihak yang terlibat 
  3. Matlamat sesuatu perancangan harus dinyatakan dengan jelas 
  • Semua pihak haruslah bersetuju memberi perkhidmatan 
-sebelum RPI dirancang, semua peranan, fungsi, & tanggungjawab semua  pihak haruslah dijelaskan.

  • Penilaian haruslah sah, boleh dipercayai, & telus kepada semua pihak yang terlibat.
  • Hasil perkhidmatan harus dinyatakan bertulis/direkod.
  • Sesuatu keputusan yang diambil harus diketahui oleh semua pihak terlibat & dinyatakan secara bertulis.
  • Polisi @ dasar yang dijadikan panduan harus konsisten/berterusan. 
  • 1 jawatankuasa kecil untuk membina RPI, AJK boleh dipilih terdiri daripada penyelia sesuatu mata pelajaran, guru kelas, & wakil penjaga.
*RPI digunakan sebagai dokumen perancangan (planning document) &  bahan rujukan melaksanakan perancangan*

#Proses Penyediaan RPI :
  1. Menyenaraikan matlamat jangka panjang RPI
  2. Menyatakan matlamat utama setiap tujuan pembelajaran 
  3. Keterangan sumber, kesesuaian, & pilihan strategi pengajaran yang memerlukan program pengajaran seterusnya untuk pembinaan RPI 
  4. Senarai semak program & jadual 
  5. RPI harus dirancang & ditulis oleh kumpulan kecil yang terdiri daripada guru-guru & ahli keluarga yang biasa terlibat dengan program kanak-kanak tersebut  

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT RPI.

Mudah ja nak buat RPI ni kalau kita tau cara-cara dia. Ada 3 langkah untuk buat RPI ni.

Ok, langkah pertamanya adalah :
a) Berdasarkan maklumat yang dibincangkan, guru boleh menilai & mengenal pasti seseorang individu itu perlukan bantuan pendidikan individu atau tidak melalui pemerhatian yang dijalankan.

Langkah keduanya pula adalah :
a) Mendapatkan maklumat latar belakang murid 

  • Maklumat boleh diperoleh dari menyemak rekod/fail yang disimpan oleh pihak sekolah.
  • Rekod/fail terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
    i)maklumat psikososial pendidikan yang melibatkan kad laporan         murid termasuk pencapaian akademik & tingkah laku murid 
    ii)maklumat perubatan murid, contohnya adakah murid menghidapi          apa-apa penyakit @ alahan, dalam jagaan perubatan (on                medication)@ maklumat lain yang disimpan @ yang dilaporkan          oleh penjaga kepada pihak sekolah 
    iii)maklumat mengenai tempat tinggal murid/persekitaran termasuk         sejarah keluarga, tingkah laku keluarga, temu bual yang             pernah dijalankan dengan keluarga & laporan daripada pakar           mengenai murid, contohnya pegawai kebajikan, psikologist, &         terapist

Langkah yang terakhir pula adalah : 
a) Analisa keputusan & penentuan calon 
b) Hipotesis
c) Penilaian 

Guru perlu ambil kira : 

  • adakah hipotesis awal telah dilakukan oleh pihak lain seperti guru @ pakar 
  • kelebihan & kelemahan murid 
  • maklumat yang terlalu lama @ baru sebelum membuat keputusan/tafsiran
  • program yang telah disediakan oleh pihak sekolah @ guru kelas jika ada 
  • sesetengah maklumat mungkin tidak terperinci & lengkap, oleh itu cari guru sebagai permulaan 
  • dapatkan maklumat yang terkini   

MEREKA YANG PERLUKAN BANTUAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Menurut Rutler (1993), terdapat beberapa ciri yang dapat dilihat pada diri seseorang individu yang memerlukan dia mengikuti program pendidikan khas. Antara ciri tersebut adalah :

  • gelisah & sering bergerak ke sana sini
  • sering tidak hadir ke sekolah (kaki ponteng sekolah mesti terasa ni)
  • merosakkan harta benda sendiri & orang lain 
  • selalu bergaduh & bertumbuk 
  • tidak disukai oleh rakan
  • risau mengenai perkara yang kecil 
  • membuat kerja sendirian 
  • cepat marah 
  • mudah menangis 
  • menghisap jari 
  • menngigit kuku 
  • sering tidak mendengar arahan 
  • kurang tumpuan & perhatian 
  • takut dalam situasi baru 
  • selalu berbohong\berdalih 
  • kadang-kadang mengambil barang orang lain 
  • selalu mengadu sakit 
  • pelat\gagap
  • mencuri beberapa kali
  • sering membuang air kecil @ besar 
  • sering gagal 
  • berbahasa kasar 
  • selalu menangis & tidak masuk kelas 
  • kebiasaan menggerakkan mata, mulut, tangan, & anggota lain 
*kalau ikut kata Rutler ni, beliau kata kalau seseorang individu tu ada paling kurang 9 ciri di atas, maka dia dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas*

Selain itu, antara kelemahan dari segi kognitif murid yang berkeperluan khas adalah :
  • penguasaan 3M - Membaca, Menulis, & Mengira
  • lemah dalam daya pemikiran abstrak
  • lemah dalam deria dengan pemikiran dalam pengamatan, pendengaran, & pertuturan 
  • lemah dalam penerimaan konsep baru 
  • kurang keyakinan diri 
  • kurang tumpuan perhatian 
  • tumpuan perhatian mudah terganggu 
  • ketidakstabilan emosi 
  • ketidakbolehan menganalisis sesuatu untuk membuat perbezaan 
  • kesihatan selalu terganggu 
  • lemah daya ingatan 
  • kurang perbendaharaan kata
  • kurang daya cipta 
  • kurang dorongan diri 
  • lemah dalam penyebutan & pertuturan/malas ke sekolah 
  • kurang pengalaman persekitaran 
  • nakal, pendiam, & ego 
  • lemah dalam membuat perhubungan & kaitan antara rangsangan 
  • mudah mengalah/merendah diri 
  • kurang berinteraksi & bergaul 
  • kurang daya usaha & takut mencuba 
  • kurang sifat kegigihan & tidak sabar 
  • cepat kecewa & kecundang 
  • kurang kebolehan mengeluarkan pendapat 

No comments:

Post a Comment